KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM yang ke-61 di Dewan Ababil, Pangkalan TUDM Subang, di sini, esok.

Panglima TUDM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata tiada perarakan panji-panji dalam aturcara sambutan HUT TUDM dan hanya perutusan khas sempena HUT TUDM sahaja menjadi aturcara.

Beliau berkata, ini adalah kerana HUT TUDM jatuh pada bulan Ramadan maka sambutan rasminya dianjakkan pada bulai Julai ini di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong.

“HUT TUDM pada kali ini bertemakan ‘Kuasa Udara, Kepentingan Nasional’ dipilih amat bertepatan dengan senario keselamatan serta pertahanan negara dan rantau pada masa kini,” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena HUT TUDM, di sini.

Beliau berkata kuasa udara pada masa ini menjadi keutamaan penting untuk pertahanan sesebuah negara sebagai satu instrumen yang sangat berkesan.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI JOHORTIMES.MY SEMASA MELAYARI LAMAN INI DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 31 times, 1 visits today)

Leave a Reply