PUTRAJAYA, 19 April (Bernama) — Teknologi 5G untuk bidang pertanian yang dipamerkan pada pameran 5G Malaysia berupaya membantu meningkatkan hsil petani dengan lebih mudah.

Dengan teknologi 5G, sistem pembajaan dan pengairan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit yang disambungkan dengan perisian khusus tanaman di laman web.

Para petani atau pekebun juga dapat mengawal selia tanaman dengan lebih teratur dan mendapat maklumat penting mengenai tanaman mereka secara berkala setiap hari tanpa berada di ladang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata kementerian itu bersedia membawa pertanian pintar kepada para petani secara menyeluruh dengan bantuan teknologi 5G.

Pertanian pintar mampu meningkatkan 20 peratus hasil tani, menjimatkan tenaga kerja dan meningkatkan kadar kejayaan dalam sektor pertanian.

Petani bandar mahupun luar bandar dapat memanfaatkan teknologi 5G bagi melipatgandakan pendapatan mereka.

Orang ramai boleh mencuba sendiri pengalaman menggunakan 5G dan menyaksikan demonstrasi oleh pembekal tempatan dan rakan kongsi antarabangsa mereka pada 20-21 April ini di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Kepada pengguna telefon bimbit yang ingin membayar bil telefon bimbit atau menambah kredit panggilan telefon bimbit prabayar,

MSG / WHATSAPP 016-2624999 untuk maklumat lanjut. Terima kasih.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 32 times, 1 visits today)

Leave a Reply