SUKARELAWAN SINGAPURA KOLABORASI BERSAMA PMJ UNTUK PROJEK JELAJAH KASIH AMAL RAYA 2019

JOHOR BAHRU , 2 JUN – Politeknik Mersing (PMJ) menyahut kerjasama antarabangsa untuk projek Jelajah Kasih Amal Raya 2019 yang di mulai dengan aktiviti agihan secara konvoi oleh sukarelawan PMJ dan Singapura ke penempatan asnaf, pusat perlindungan, anak anak yatim serta rumah Kanak Kanak Mini Ulu Tiram.

Program agihan ini di mulakan dengan rumah perlindungan asnaf Rohingya dan Kemboja seramai 15 keluarga yang di ketuai oleh Tok Ketua Ghazali di perkampungan Ulu Tiram, Johor. Seterusnya aktiviti di teruskan bersama anak anak yatim dan ke Rumah Kanak Kanak Mini Ulu Tiram yang didiami oleh anak anak yang diletakkan atas perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kerjasama antarabangsa ini dapat memberi hubungan baik dua hala dan memberi lebih ruang kerjasama dalam khidmat sosial di masa akan datang,” kata Hassan bin Siraj, Pengarah Politeknik Mersing.

Pasukan sukarelawan Reaching Heart Singapore Association di ketuai oleh Cik Anissa Margono yang merupakan Sales Director di PreMind Company Singapore membawa 8 buah kenderaan sukarelawan yang membawa pelbagai barang barang keperluan seperti pakaian, selimut, pampers, kasut dan banyak lagi untuk di sedekahkan.

“Projek Jelajah Kasih Amal Raya 2019 ini mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada warga Politeknik Mersing , agensi agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kastam Negeri Johor, Norelle Sdn Bhd, Lembaga Pelawat RKK dan ramai lagi,” kata Puan Suraya Hani Binti Kamarolzaman, Pengarah projek Jelajah Kasih Amal Raya 2019.

“Kemuncak projek ini akan di adakan di Program Antarabangsa Kasih Amal Raya 2019 pada 15 June 2019 di Sekolah Vokasional Azizah, Larkin Johor dengan jemputan seramai 200 orang asnaf di sekitar Johor Bahru. Pengisian program ini nanti para jemputan asnaf dapat memilih barang barang yang diperlukan, aktiviti taklimat MAINJ, aktiviti keusahawanan bersama PUJB, tips kesihatan dan paling utama jamuan bagi meraikan hari raya bersama-sama dan serahan duit raya kepada anak anak yatim”, sambung beliau Program Khidmat Masyarakat ini akan menjadi program tahunan antara Politeknik Mersing dan Reaching Heart Singapore Association bersama agensi-agensi di sekitar Johor Bahru, kata beliau lagi.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI JOHORTIMES.MY SEMASA MELAYARI LAMAN INI DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 110 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner
WhatsApp chat
%d bloggers like this: