BUTTERWORTH, 21 Ogos — Seorang lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,300 bagi melindungi pemandu-pemandu lori sebuah syarikat pengangkutan yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Hanisham Din, 48, turut menafikan lapan pertuduhan pilihan iaitu memperoleh untuknya suatu benda berharga tanpa balasan daripada syarikat yang sama bagi tujuan dan tindakan sama untuk melindungi pemandu lori syarikat berkenaan.

Mengikut pertuduhan utama, Penolong Penguat Kuasa JPJ gred KP26 itu didakwa menerima suapan wang tunai daripada Syarikat Kedah Coastal Transport & Trading Sdn Bhd sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori milik syarikat itu yang mungkin melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ
Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Dapatkan berita di https://www.johortimes.my

JIKA ANDA INGIN MEMBAYAR BIL ATAU MENAMBAH KREDIT TELEFON BIMBIT & MEMBAYAR BIL ELEKTRIK ATAU AIR, MELALUI BANK TEMPATAN.

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.

#Bomba #Dadah #DailyNews #IGUX #JDT #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Rasuah #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 21 times, 1 visits today)

Leave a Reply