POLITEKNIK MERSING JOHOR MENGANJURKAN PROGRAM JALINAN KASIH JTMK 2.0 SEMPENA RAMADAN

MERSING , 23 MEI  –  Politeknik Mersing (PMJ) menganjurkan Program Jalinan Kasih Ramadan JTMK 2.0 adalah usaha oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Mersing bagi menzahirkan penghayatan kemahiran insaniah melalui kerja-kerja kebajikan dan sekaligus mengambil keberkatan bulan Ramadan dengan membantu meringankan sedikit beban golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan di sekitar Sri Pantai, daerah Mersing.

Program agihan ini di serahkan sendiri oleh pengarah Politeknik Mersing, En Hassan Bin Siraj  dan pensyarah – pensyarah JTMK bersama-sama wakil  JKM Mersing, Pernec Integrated Network System Sdn Bhd, FAMA Mersing dan Pejabat Daerah Mersing.

“Hasil sumbangan yang telah dikumpul dapat menghasilkan 76 bungkus keperluan makanan harian kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan”, kata Pn Azreen Khamis, Ketua Jabatan JTMK.

“Sumbangan ini juga disalurkan ke majlis Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran Politeknik Mersing bersempena Ramadhan 2019 kali ini”, sambung Azreen.

Pernec Intergrated Network Systems Sdn Bhd, Pejabat FAMA Daerah Mersing,  Pusat Perkhidmatan Tabung Haji Daerah Mersing, kakitangan JTMK, rakan dan  saudara kakitangan JTMK adalah penyumbang kepada bahan agihan kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan hari ini.

Usaha murni ini di ketuai oleh Pn Mas Ayu Mohd Ariff selaku pengarah program Jalinan Kasih Ramadan JTMK 2.0 bersama pensyarah-pensyarah lain. Program khidmat masyarakat ini  akan diteruskan sebagai acara tahunan peringkat Politeknik Mersing bersama JKM.

“Terima kasih Politeknik Mersing Johor”

cof
cof
dav

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI JOHORTIMES.MY SEMASA MELAYARI LAMAN INI DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 189 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner
WhatsApp chat
%d bloggers like this: