KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Tambang penerbangan domestik bagi musim perayaan Aidilfitri kali ini secara keseluruhan lebih murah berbanding tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata ia berikutan kebanyakan tambang penerbangan domestik pada musim perayaan tahun ini lebih murah berbanding sebelum ini.

Kamarudin, bagaimanapun. tidak menafikan masih ada harga tambang penerbangan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, melibatkan laluan Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Tawau.

“Dalam perbincangan dengan menteri-menteri (Kabinet), maklumat kita dapati hanya dua laluan tersebut yang tambang tinggi.

“Kita dah minta MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) selidiki lagi kenapa dua laluan ini sahaja tinggi. Pada masa ini kita masih menunggu kajian (dapatan) daripada MAVCOM berkenaan hal itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Edaran Pek Hari Raya dan Berbuka Puasa di Stesen Sentral Kuala Lumpur, malam ini.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI JOHORTIMES.MY SEMASA MELAYARI LAMAN INI DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply