PASIR PUTEH, 19 Julai – Maritim Negeri Kelantan berjaya menahan dua bot dan 25 nelayan asing Vietnam dalam Op Naga Barat pada 17 Julai kerana menangkap ikan di perairan Malaysia.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Ismail bin Hamzah berkata, kedua-dua bot ditahan pada jarak 97 dan 100 batu nautika daripada Muara Tok Bali pada jam lebih kurang 6.52 pagi dan 8.48 pagi oleh KM Jujur yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Maritim Mohd Pazrul Niza bin Mohd Mustapa.

”Pemeriksaan mendapati, bot pertama yang ditahan mempunyai seramai 12 orang nelayan tekong manakala bot kedua mempunyai seramai 13 orang nelayan tekong yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 45 tahun.

Bot dan 25 nelayan warga Vietnam dibawa masuk ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut. Nilai bot termasuk peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan (Ikan – 500 kilogram, Sotong kering – 30 kilogram) dianggarkan bernilai RM 85,000 dan kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ
Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Dapatkan berita di https://www.johortimes.my

JIKA ANDA INGIN MEMBAYAR BIL ATAU MENAMBAH KREDIT TELEFON BIMBIT & MEMBAYAR BIL ELEKTRIK ATAU AIR, MELALUI BANK TEMPATAN.

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.

#Bomba #Dadah #DailyNews #IGUX #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Rasuah #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 29 times, 1 visits today)

Leave a Reply