GEORGE TOWN, 24 Jun (Bernama) — Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran heroin dan pil ekstasi selepas menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM718,700 dalam dua serbuan di negeri ini Sabtu lepas, kata Ketua Polis negeri Datuk T. Narenasagaran hari ini.

Katanya dalam operasi bermula pukul 3.55 petang hingga 5 petang itu, polis menahan lelaki tempatan berusia 23 tahun itu di kawasan Seberang Jaya sebelum menyerbu rumah sewanya di Simpang Ampat, Nibong Tebal dekat sini, hasil risikan dan intipan sejak dua minggu lepas.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu rumah teres jenis taman dan merampas 38,904 gram heroin, 4,500 biji pil ekstasi dan 810 gram heroin base yang kesemuanya bernilai RM718,700,” katanya pada sidang akhbar di sini. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ACP Maidu Abu Bakar.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ
Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Dapatkan berita di https://www.johortimes.my

JIKA ANDA INGIN MEMBAYAR BIL ATAU MENAMBAH KREDIT TELEFON BIMBIT & MEMBAYAR BIL ELEKTRIK ATAU AIR, MELALUI BANK TEMPATAN.

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.

#Bomba #Dadah #DailyNews #IGUX #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Rasuah #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply