KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) Datuk Megat D Shahriman Zaharudin berkemungkinan menang tanpa bertanding jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) gara-gara pencabarnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) terlewat menghantar borang pencalonan.

Difahamkan, berdasarkan borang pencalonan, setiap calon yang berhasrat bertanding pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM perlu menghantarnya sebelum 15 Jun 2019, bermakna waktu terakhir adalah pada 11.59 malam 14 Jun (Jumaat).

Menurut sumber, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menghantar borang pencalonan pada lewat malam Sabtu bagi mencabar Megat D Shahriman yang terlebih dahulu menawarkan diri mengisi jawatan berkenaan.

“Selepas disemak, Khairy dan John Ng (Timbalan Presiden MPM) menghantar borang pada pukul 11.30 malam 15 Jun. Tarikh akhir sepatutnya menghantar borang pada 14 Jun,” kata sumber berkenaan.

“Memang ada dinyatakan di borang pencalonan bahawa borang perlu dihantar sebelum 15 Jun bermakna sehari sebelumnya … Ini semua politik.”

Sementara itu Setiausaha Agung MPM, Siti Zaharah Abdul Khalid ketika ditemui enggan mengulas lanjut sama ada Khairy menghantar borang pencalonan kepada MPM.

Bagaimanapun, Siti Zaharah mengakui sudah menerima dua borang pencalonan pada lewat malam Sabtu.

“Kami menerima borang pencalonan pada 11.30 malam Sabtu dan borang-borang tersebut perlu disaring oleh Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Etika (John Ng). Jadi, dia memerlukan masa untuk menyaring kesemua borang pencalonan yang diterima.

“Itu saya tidak boleh beritahu (sama ada Khairy menghantar ataupun tidak),” kata Zaharah ketika ditemui media di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, hari ini.

“Saya harap John dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab kerana kita bukan melantik beliau pada saat akhir.”

MPM pada masa sama sehingga kini tidak mengesahkan senarai calon bertanding bagi pemilihan AGM MPM yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Khairy sah bertanding jawatan Presiden MPM, dan pencalonan Khairy dikatakan dibuat di saat akhir iaitu kira-kira 30 minit sebelum tarikh tutup pencalonan bagi mencabar Megat D Shahriman.

Pencalonan Khairy bagaimanapun menimbulkan tanda tanya mengenai status beliau sama ada ahli di dalam mana-mana persatuan sukan yang menganggotai MPM kerana perlembagaan MPM menyatakan sesiapa juga calon yang bertanding perlulah menjadi ahli persatuan dan dicalonkan persatuan sukan di bawah MPM.

Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia bagaimanapun mengesahkan Khairy sebenarnya bukan sekadar ahli biasa di dalam persatuan sukan itu tetapi beliau sudah dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam AGM badan itu pada awal tahun ini.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

JIKA ANDA INGIN MEMBAYAR BIL ATAU MENAMBAH KREDIT TELEFON BIMBIT & MEMBAYAR BIL ELEKTRIK ATAU AIR, KLIK LOGO WHATSAPP (NOMBOR KAMI TELAH DIADAKAN DI DALAM LOGO WHATSAPP PENJURU BAWAH TELEFON BIMBIT ANDA KETIKA MELAYARI JOHORTIMES.MY) UNTUK MENGHUBUNGI KAMI

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 45 times, 1 visits today)

Leave a Reply