PASIR GUDANG – Kementerian Kesihatan masih belum mengenal pasti bahan kimia yang menyebabkan mangsa pencemaran di sini mengalami sesak nafas dan muntah-muntah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya dalam peringkat akhir untuk mengenal pasti jenis dan bahan kimia tersebut.

Katanya, sebatian kimia hanya 134 partikel per juta (ppm) ditemui pada pesakit namun tidak berada pada tahap toksik yang tinggi seperti dalam kes pencemaran di Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

“Yang penting daripada sudut klinikal, keracunan toksik dan perubatan, ia tidak begitu di tahap membimbangkan. Kandungan toksik itu ada tetapi tidak seperti bagi kes Sungai Kim Kim yang menyebabkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ini hanya menyebabkan muntah dan sesak nafas. Bahan itu tidak dikenal pasti dalam urin dan sampel darah mangsa kerana bahan ini berkemungkinan mempunyai separa hanyat yang pendek dan bertahan dalam masa lima jam sebelum ini dikumuhkan,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Majlis Perbandaran Psair Gudang (MPPG) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ
Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Dapatkan berita di https://www.johortimes.my

JIKA ANDA INGIN MEMBAYAR BIL ATAU MENAMBAH KREDIT TELEFON BIMBIT & MEMBAYAR BIL ELEKTRIK ATAU AIR, MELALUI BANK TEMPATAN, KLIK LOGO WHATSAPP UNTUK HUBUNGI KAMI.

#Bomba #Dadah #DailyNews #IGUX #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Rasuah #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 27 times, 1 visits today)

Leave a Reply