KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Bung Moktar, 60, atau nama sebenarnya Moktar Radin yang memakai sut berwarna hitam dan kelihatan tenang, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozina Ayob.

“Minta dibicarakan Yang Arif, ” kata Bung Moktar selepas Rozina bertanya sama ada dia mengaku bersalah ataupun tidak atas pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui isteri tertuduh iaitu Datin Seri Zizie Izette A. Samad, 41.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Berhenti MEROKOK, anda membahayakan diri sendiri dan diri orang sekeliling anda. Jangan bahayakan kesihatan diri dan ahli keluarga anda.

Sentiasa Maafkan Semua Orang Dalam Hidup Kita. Untuk Kita Hidup Aman Damai Sebelum Mati.

Kepada peniaga yang ingin MENGIKLANKAN PRODUK / JENAMA / SYARIKAT melalui video di panggung wayang di Malaysia, hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI TELEFON BIMBIT ANDA

Kepada pengguna telefon bimbit yang ingin membayar bil telefon bimbit atau menambah kredit panggilan telefon bimbit prabayar,

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH.

JOHORTIMES MENYEDIAKAN PELUANG WHATSAPP ADMIN SEPANJANG ANDA MELAYARI JOHORTIMES.MY

PELUANG UNTUK MENGHANTAR #ADUANRAKYAT JUGA BOLEH MENGGUNAKAN KAEDAH WHATSAPP YANG SAMA. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA AYAT-AYAT INI DAN MELAYARI PEMBERITAAN YANG DISEDIAKAN.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 31 times, 1 visits today)

Leave a Reply