Penyanyi rock popular Malaysia, Amy Search melakukan kejutan kepada peminat-peminatnya di Jakarta.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 60, berpakaian seperti “pengamen” atau pemuzik jalanan, memakai jambang dan misai palsu, mengadakan persembahan busker di stesen MRT Bundaran HI itu.

Penyanyi popular menerusi lagu “Isabella” itu hanya disedari selepas mendedahkan identitinya.

Amy menjadi artis pertama yang mengadakan persembahan busker di MRT, mercu baharu pengangkutan Jakarta yang mula beroperasi secara rasmi pada 24 Mac lepas.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 148 times, 1 visits today)

Leave a Reply