Oleh Nur Adila Abdul Wahab

GEORGE TOWN, 1 Jun (Bernama) — Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Pulau Pinang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba ais tingkap di Lebuh Tamil, di sini, yang terletak bersebelahan Pasar Chowrasta.

Berikutan nama air itu yang unik, menyebabkan pengunjung yang datang ke Pulau Mutiara pasti memasukkan lokasi kedai minuman berkenaan sebagai tempat wajib dikunjungi walaupun dari luaran ia kelihatan seperti air sirap selasih biasa.

Minuman ais parut campuran istimewa yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang itu adalah campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan antaranya selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa, air kelapa dan resepi rahsia iaitu sarbat.

Pengusaha kedai ais tingkap itu, Mohamed Almi Seeni Mohamed, 32, berkata moyangnya mula menjual air campuran istimewa itu atau dikenali dengan nama air sarbat dalam kalangan penduduk negeri ini, dari tingkap kedainya pada tahun 1919 sehingga menjadi perniagaan turun temurun keluarga.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI JOHORTIMES.MY SEMASA MELAYARI LAMAN INI DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 30 times, 1 visits today)

Leave a Reply