AHMAD ZAHID MENGAKU TIDAK BERSALAH 7 TUDUHAN RASUAH BERJUMLAH SGD4.24 JUTA

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berjumlah SGD4.24 (anggaran RM1=SGD3.06) juta berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Ahmad Zahid, 66, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas semua pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Bagi semua pertuduhan itu, Ahmad Zahid didakwa telah menerima rasuah berjumlah SGD4.24 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ
Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Dapatkan berita di https://www.johortimes.my

JIKA ANDA INGIN MEMBAYAR BIL ATAU MENAMBAH KREDIT TELEFON BIMBIT & MEMBAYAR BIL ELEKTRIK ATAU AIR, MELALUI BANK TEMPATAN.

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.

#Bomba #Dadah #DailyNews #IGUX #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Rasuah #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 16 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner
WhatsApp chat
%d bloggers like this: