8 SEKELUARGA LEMAS, PIKAP JATUH SG. BATANG LUPAR

8 SEKELUARGA LEMAS, PIKAP JATUH SG. BATANG LUPAR

BETONG 010121 – Lapan sekeluarga lemas selepas pikap yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti feri Triso, Beladin, di sini, hari ini.

Semua lapan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap di dalam kenderaan terbabit berjaya dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.

Beliau berkata, laporan penuh kejadian itu masih belum diperolehi. – BH

(Visited 57 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: