4 NELAYAN SELAMAT, SEORANG MASIH HILANG

4 NELAYAN SELAMAT, SEORANG MASIH HILANG

JERTIH 010121 – Empat nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot karam semalam ditemukan selamat di Pantai Coral View, Pulau Perhentian Besar, Besut kira-kira jam 8.45 pagi tadi, manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa ditemui lengkap memakai jaket keselamatan oleh penduduk kampung dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mangsa selamat adalah tekong bot, Tuan Azaha Tengku Long, 47, dan tiga awak-awak iaitu Mohd Azri Mohd Rosdi, 28; Tuan Azrizal Tuan Azhar, 19, dan seorang lagi dikenali sebagai Ujang, 40.

“Semua mangsa dilaporkan stabil namun tidak dapat bercakap buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rozak berkata, operasi mencari menyelamat seorang lagi awak-awak dikenali sebagai Saari Saleh 40-an masih diteruskan.

“Operasi pencarian dilakukan sekitar lima batu nautika dari kawasan kejadian yang disertai dua pegawai kanan dan 25 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; 11 anggota polis daripada Pasukan Polis Marin Wilayah Timur serta Balai Polis Pulau Perhentian,” katanya.

Terdahulu media melaporkan lima nelayan tempatan dikhuatiri lemas apabila bot dinaiki mereka karam berhampiran perairan Pulau Perhentian, Besut, semalam. – BH

(Visited 18 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: