RUNTUHAN BATU KAPUR MACAM GEMPA BUMI

RUNTUHAN BATU KAPUR MACAM GEMPA BUMI

KUALA LIPIS 081120 – “Bunyi dentuman kuat daripada runtuhan batu kapur runtuh berlaku seperti gempa bumi kecil dan menggegarkan rumah kami,” kata seorang penduduk, Zulkifli Zakaria, 54, di Kampung Kubang Rusa, Merapoh, dekat sini.

Kejadian jam 5 pagi semalam itu, beliau berkata menyebabkan mereka lima beranak bersama 400 penduduk lain berhampiran cemas sebelum lari keluar rumah.

Beliau sebelum itu terpaksa mencari tempat perlindungan kerana bimbang batu gua pecah itu menimpa rumah sebelum bergegas ke lokasi gua terbabit.

Katanya, gua batu kapur hanya terletak 500 meter dari rumahnya dapat melihat lebih 40 batu sebesar kereta pecah berselerak sekitarnya.

Kejadian kali pertama runtuhan gua batu kapur yang pecah berserakan hanya terkena sebuah rumah penduduk.

“Nasib baik rumah itu tiada penghuni kerana pulang ke kampung sejak petang Khamis lalu.

“Runtuhan batu merosakkan sebuah kereta dan motosikal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zulkifli Daud, 48, berkata, selepas kejadian pagi semalam, penduduk kampung itu ke lokasi beramai-ramai untuk melihat kejadian itu.

Katanya, keadaan itu akan jadi kenangan yang tidak dilupakan. Macam gempa bumi kecil berlaku hingga batu besar dan kecil pecah berselerak sekitar 200 meter berhampiran gua,” katanya.

Dia berkata, mungkin kejadian itu berpunca daripada musim hujan dan batu gua basah mudah pecah sebelum jatuh begitu banyak.

Pemandu pelancong, Roslan Abdullah, 54, berkata, kampung terbabit terdapat banyak banjaran gua batu kapur.

Kejadian itu membimbangkan keselamatan penduduk dan kampung itu banyak rumah dibina di sekitar kaki gua batu kapur.

“Kami asal tinggal di kampung ini bersama orang tua dahulu lagi yang lebih 30 tahun, hari ini dalam sejarah gua batu kapur runtuh,” katanya. – BH

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: