REMAN SUSPEK BUNUH SITI NUR SURYA DISAMBUNG 7 HARI

REMAN SUSPEK BUNUH SITI NUR SURYA DISAMBUNG 7 HARI

MARANG 091120 – Perintah reman terhadap pelajar Tingkatan Enam disyaki terbabit kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, disambung tujuh hari lagi hingga Isnin depan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman terhadap suspek perempuan berusia 19 tahun itu disambung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu, namun polis memohon pelanjutan reman bagi melengkapkan kertas siasatan.

Reman 7 hari lagi suspek bunuh pelajar perempuan, Polis siasat suspek lakukan sendiri atau ada rakan.

Suspek yang merupakan rakan sekolah mangsa hingga Tingkatan Lima, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika tiba di pekarangan mahkamah jam 10.25 pagi, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung merah jambu, kelihatan tenang dengan diiringi dua pegawai polis wanita.

Suspek ditahan selepas tampil di Balai Polis Telemong bersama ibunya pada jam 8.15 pagi 2 November lalu.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, berkata suspek ditangkap berdasarkan bukti ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Dalam kejadian 1 November lalu, Siti Nur Surya, 19, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak tahap tiga, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah mereka di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Mayat mangsa ditemukan adik perempuannya berusia 15 tahun ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang.

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 36 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: