PEGAWAI TELCO RASUAH, BERSEKONGKOL SINDIKET TIPU SMS

PEGAWAI TELCO RASUAH, BERSEKONGKOL SINDIKET TIPU SMS

PUTRAJAYA 111120 – Seorang pegawai syarikat telekomunikasi direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ia susulan penahanan reman tiga pengarah syarikat semalam termasuk dua antaranya bergelar Datuk bagi kes yang sama.

Menurut sumber, suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 yang diterima secara berperingkat melalui akaun peribadinya daripada salah sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan senarai nombor telefon pelanggan pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang.

“Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Terdahulu, suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya kira-kira pukul 9 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Pihak SPRM membuat permohonan perintah remah di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Perintah reman sehingga 15 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Aisyah Mohd. Yusof.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -UTUSAN ONLINE

(Visited 42 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: