JENAZAH MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS SELAMAT DIKEBUMIKAN

JENAZAH MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS SELAMAT DIKEBUMIKAN

KUALA LUMPUR 091120 – Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Batu Caves, hari ini.

Jenazah Allahyarham Mohamed Sabri, 56, sebelum itu disolatkan di Masjid Khaled al Walid Jalan Padang Tembak.

Dua mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian turut hadir ke tanah perkuburan.

Terdahulu, jenazah Mohamed Sabri selesai dibedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 11.30 pagi tadi.

Semalam, Mohamed Sabri bersama Mohd Irfan Fikri Mohd Rawi maut manakala dua lagi termasuk seorang wanita selamat dalam nahas melibatkan dua helikopter di Taman Melawati. – Sinar Harian

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/367492427868312/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/163084475504451/

(Visited 18 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: