DERITA AMIRA HIDAP LEUKEMIA

DERITA AMIRA HIDAP LEUKEMIA

Oleh Faizal Nazaruddin
Foto: Ezreen A. Talip

SENAI 271120 – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hakikat itu dirasai Mazila Abd. Ghafar, 38, selepas doktor mengesahkan anaknya, Nur Shahila Amira Mohd. Abdul Razak, menghidap leukemia

Mazila mengakui tidak menyangka anaknya yang mesra dipanggil Amira berusia lima tahun menghidap penyakit tersebut bermula dua tahun lalu sedangkan empat yang lain tidak mengalami penyakit itu.

“Mula-mala, Amira badan panas, lepas itu bengkak di beberapa anggota badan dan saya ingatkan cuma deman biasa namun demannya kerap berulang.

“Apabila pemeriksaan lanjut dijalankan dengan mengambil air tulang sum sum Amira di Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu, barulah anak saya disahkan mengidap leukemia,” katanya kepada The VOICE di Taman Senai Indah, di sini hari ini.

Sejak itu, Mazila dan keluarganya perlu memberi penjagaan dan perhatian yang lebih kepada Amira supaya lebih bersemangat dan sentiasa ceria untuk menghadapi penyakit itu.

“Memang akak akan beri perhatian lebih kepada Amira, jaga makan minum dan bermain supaya tidak mudah jatuh sakit.

“Jika Amira jatuh sakit, dia akan ditahan di wad selama seminggu untuk menjalani kimoterapi yang sebenarnya menyakitkan kepadanya,” katanya.

Setiap kali Amira selesai menjalani kimoterapi, dia akan banyak duduk diam dan berbaring kerana panas serta keletihan.

Tingkah laku Amira sebagai kanak-kanak yang ceria bermain bersama-sama abang dan kakanya serta jiran sudah berubah.

“Boleh dikatakan setiap bulan Amira akan menjalani kimoterapi dan setiap rawatan itu memerlukan kos yang besar, iaitu antara RM400 hingga RM800,” katanya.

Ketika ini, mereka sekeluarga hanya bergantung dengan pendapatan suaminya sebagai pemandu lori untuk belanja harian dan kos rawatan Amira.

Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh menghubungi Mazila menerusi talian 018-7877608 dan nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0611129000014528 – Voice

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/2618275885102103/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/376747390204691/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/1294379070938439/

(Visited 21 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: