5 GENG CEPET DIBERKAS

5 GENG CEPET DIBERKAS

ALOR SETAR 111120 – Tangkapan bersiri Geng Cepet yang membabitkan lima individu membawa penemuan rangka dan komponen motosikal curi di sekitar empat daerah di negeri ini, Pulau Pinang dan Selangor.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dalam operasi Ops Lejang Bersepadu sepanjang Oktober lalu.

Enjin, rangka dan komponen motosikal curi itu ditemui dalam serbuan di sebuah bengkel motosikal di Sungai Petani berdasarkan maklumat dan risikan.

Difahamkan, bengkel motosikal itu beroperasi di bahagian depan manakala di bahagian belakang premis itu menjadi tempat menyimpan barangan komponen motosikal curi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 50-an itu ditahan untuk membantu siasatan dan disyaki terbabit dalam kegiatan curi motosikal.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan di sekitar Alor Setar dan Kuala Muda berdasarkan maklumat dan risikan.

“Kesemua mereka tidak ada rekod lampau dan ujian saringan air kencing mereka bebas dari dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini hari ini.

Susulan itu, pihaknya merampas 24 enjin dan rangka motosikal yang masih berstatus hilang, 30 enjin, enam rangka dan sebuah motosikal yang casisnya sudah dicanai dan tidak dapat mengesan nombor asalnya.

Selain itu turut ditemui, 44 unit komponen motosikal dan sebuah mesin “puncher” bertujuan menghilangkan nombor casis dan nombor enjin asal membolehkan nombor casis baru diletakkan.

“Hasil siasatan mendapati, 14 enjin dan rangka motosikal itu dilaporkan hilang daerah Kota Setar, empat enjin dan rangka motosikal dilaporkan hilang di Kuala Muda, tiga enjin dan rangka motosikal dilaporkan hilang di daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

“Satu enjin dan rangka motosikal dilaporkan hilang di daerah Kubang Pasu dan satu enjin dan rangka motosikal dilaporkan hilang di daerah Pendang,” katanya.

Hasil soal siasat mendapati, kumpulan ini dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah curi motosikal di daerah Kota Setar sejak 2018.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 ‘A’ Kanun Keseksaan. – BH

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/397033848113623/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/414484186390723/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/668081043726037/

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: