36 KERTAS UNDI BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P176 KIMANIS DIKELUARKAN

Suruhanjya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan 36 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.176 Kimanis. Pengeluaran kertas undi pos bermula 11.00 pagi dan dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di Bilik Mesyuarat 3, Pejabat Daerah Beaufort.

Daripada 36 kertas undi pos yang dikeluarkan seramai 35 orang pengundi adalah petugas pilihan raya dan pegawai SPR (Borang 1A). Terdapat seorang Pengundi Tidak Hadir (PTH) yang merupakan penjawat awam yang berkhidmat di luar negara.

SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos, hendaklah mengisi dengan lengkap dan betul serta segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus PRK Parlimen P.176 Kimanis sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi pada 18 Januari 2020 (Sabtu).

Pengundi pos juga diingatkan agar tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. Tindakan undang-undang boleh diambil dan jika didapati bersalah dan disabitkan boleh dikenakan hukuman sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *