KENYATAAN AKHBAR: PELETAKAN JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN – @ChedetOfficial

Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini.

Tun Dr Mahathir telah menerima peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa 3hb Januari 2020 dengan mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

Pengganti beliau akan ditentukan dan diumumkan dalam sedikit masa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *