KESESAKAN DI TAMBAK, LINKEDUA DIBINCANG KABINET

KESESAKAN DI TAMBAK, LINKEDUA DIBINCANG KABINET

JOHOR BAHRU – Kesesakan luar biasa di pintu sempadan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura sejak minggu lalu dipercayai berikutan langkah Singapura mewajibkan semua pemandu lori kargo dan pengiringnya yang memasuki republik itu menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK).

Ujian RTK itu dikuatkuasakan sejak 22 Januari lalu.Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, ekoran rungutan banyak pihak, kerajaan negeri telah membangkitkan masalah kesesakan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya mengambil langkah sewajarnya.

“Atas dasar itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan untuk membincangkan perkara itu pada mesyuarat Kabinet.

“Perdana Menteri akan meminta Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura supaya menyarankan mungkin saringan RTK boleh dibuat di Johor dan tidak di pusat pemeriksaan di Singapura sahaja bagi mengelak kesesakan.

“Jika ia dapat dilakukan (saringan RTK dibuat di Johor) mungkin kos boleh ditanggung Singapura. Ia berikutan kos RTK di Singapura juga ditanggung kerajaan republik berkenaan.

“Saranan Johor itu bagi mengurangkan kesesakan luar biasa yang berlaku di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura, sekali gus mengurangkan tempoh masa menunggu lama bagi lori kargo yang membawa barang keperluan harian terutama makanan masuk ke republik itu,” katanya dalam sidang media secara maya, di sini hari ini.

Baru-baru ini The VOICE menyiarkan mengenai rungutan para pemandu lori dari Malaysia yang membawa muatan keperluan asas ke Singapura berdepan kesesakan melampau di sempadan sehingga ada masanya mencecah 10 jam.Situasi itu menimbulkan masalah kepada pemandu yang tidak mempunyai akses makanan, minuman dan tandas awam berikutan tempoh proses pelepasan masuk yang lama di sempadan.

Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) berkata, langkah baharu di sempadan itu bertujuan menguruskan kenaikan risiko terhadap kes import COVID-19.

(Visited 22 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: