KARTEL DAGING: 2 PEGAWAI MAQIS JOHOR DITAHAN

KARTEL DAGING: 2 PEGAWAI MAQIS JOHOR DITAHAN

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan dua Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Kedua-dua suspek yang berumur 27 dan 31 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman. – JT

(Visited 23 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: