TRELER MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KILANG

TRELER MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KILANG

MERSING 081120 – Sebuah treler yang baru sahaja menurunkan barang tiba-tiba terbakar di Kilang QL, Jalan Tanjung Merit, Endau di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.44 malam itu disedari pengawal keselamatan yang terlihat treler tersebut sedang mengeluarkan asap dan terbakar.

Seramai 15 ahli Pasukan Emergency Respond Team (ERT) yang juga pekerja kilang itu dengan bantuan sebuah eskavator bertindak memadam kebakaran sebelum menghubungi bomba.

30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau serta BBP Mersing dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit
Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) datang membantu.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, kebakaran treler tersebut turut mengakibatkan kebakaran
sebahagian longgokan hampas kelapa sawit yang berhampiran.

“Semasa kebakaran muatan treler sudah kosong dan hanya memili dua atau tiga tong cat. Bomba bertindak memadam kebakaran dengan
menggunakan sumber air dari pili bomba dan sumber air terbuka.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Mengikut cerita pemandu treler itu, kebakaran dipercayai berpunca daripada bateri kerana sebelum itu
lampu amaran bateri menyala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, punca sebenar kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada pukul 1.23 pagi. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: