RM14 JUTA MAMPU BANTU, LONJAK PELANCONGAN JOHOR

RM14 JUTA MAMPU BANTU, LONJAK PELANCONGAN JOHOR

JOHOR BAHRU 271120 – Peruntukan RM14 juta kepada Tourism Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dalam Belanjawan Johor 2021 semalam bakal memberi manfaat kepada para penggiat industri pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif tersebut akan memberi manfaat kepada pengusaha industri pelancongan negeri yang terjejas akibat COVID-19 dan penutupan sempadan Malaysia-Singapura ketika ini.

Beliau berkata, dalam agenda Johor Berkebajikan sebanyak RM5 juta akan disalurkan kepada para pemandu
pelancong berdaftar dengan pemberian insentif ‘one-off’ RM1,000.

“Pemberian bantuan insentif ‘one-off’ kepada 16 buah persatuan
pelancongan negeri dan daerah dengan peruntukan sebanyak RM320,000.

“Pemberian insentif ‘one-off’ RM2,000 kepada 586 syarikat agensi pelancongan dan pengecualian pembayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga serta lesen perniagaan bagi 1,031 syarikat berkaitan pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, bantuan wang tunai ‘one-off’ RM500 juga diberikan kepada 5,205 pemilik teksi, teksi limosin dan teksi lapangan terbang sebagai ‘duta pelancongan’ yang sentiasa memainkan peranan penting kepada pelancong.

Bagi memacu dan merancakkan semula sektor pelancongan pasca COVID-19 di bawah agenda Majestic Johor, kerajaan negeri menerusi Tourism Johor akan melaksanakan beberapa inisiatif

“Antaranya, meneliti semula Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor 2014-2023, membangunkan Johor Tourism Interchange (JTI) bagi mentrasformasi ekonomi digital pelancongan.

“Baucar pelancongan berjumlah RM1.5 juta untuk merancakkan
semula segmentasi penginapan serta ‘shopping and retail’ terpilih di negeri Johor, membangun dan menaik taraf Prasarana Pelancongan merangkumi kemudahan asas pelancongan daerah, homestay dan
desastay serta taman negara,” katanya.

“Justeru, menerusi agenda-agenda ini, jelas bahawa kerajaan negeri membantu semua lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19 ini, terutamanya penggiat industri pelancongan di Johor,” katanya. – VOICE

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/196276868726456/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/2784217848504863/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/371807417446862/

(Visited 26 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: