PROSES SARINGAN 1,803 DALAM, LUAR ILKKM

PROSES SARINGAN 1,803 DALAM, LUAR ILKKM

JOHOR BAHRU 061120 – Seramai 1,291 penghuni dalam Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) sudah disaring setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, selain itu 512 orang di luar ILKKMJB juga dilaukan saringan.

“Proses saringan luar dan dalam itu bagi memastikan Kluster Kempas yang tercetus daripada ILKMM dapat dikawal dan tidak merebak.

“Hingga semalam, kumulatif kes positif bagi kluster ini adalah kekal sebanyak 54 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di ILKKM dilaksanakan pada 29 Oktober lalu melibatkan seramai 1,559 orang, pelatih, kakitangan serta ahli keluarga serta pekerja sokongan.

Kerajaan melaksanakan perintah tersebut selepas ILKMM terlibat dengan Kluster Kempas yang merupakan antara kluster terbaharu di Johor.

Dalam perkembangan lain, Vidyananthan berkata, terdapat dua kes baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Johor, satu daripadanya merupakan kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan seorang lagi kes dikesan hasil saringan kontak rapat.

Beliau memberitahu, kes terbaharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Johor setakat ini berjumlah 921 kes dengan 21 kematian.

Jelasnya, sebanyak 841 kes telah pulih iaitu 91.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes selain 59 kes yang aktif dan telahpun diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Sehingga semalam juga katanya, jumlah kluster aktif di Johor kekal sebanyak empat iaitu Kluster Meldrum dengan tujuh kes, Kluster Bayu (lapan kes), Kluster Kempas (54 kes) dan Kluster Rinting (10 kes).

“Tiada pertambahan kes bagi kluster aktif,” katanya dan memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor giat meneruskan aktiviti survelans sedia ada juga aktiviti saringan kontak kluster-kluster sedia ada.

Tambahnya, dijangkakan bahawa peningkatan kes dalam masa terdekat ini akan terus berlaku hasil daripada aktiviti itu dan diharapkan semua pihak dapat bertenang dan tidak menimbulkan panik dalam kalangan umum. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 14 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: