PRK GERIK, BUGAYA SERENTAK, 16 JANUARI 2021

PRK GERIK, BUGAYA SERENTAK, 16 JANUARI 2021

PUTRAJAYA 271120 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah diadakan secara serentak, pada 16 Januari 2021.

Kedua-dua kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman (Barisan Nasional) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Allahyarhamah Datin Manis Muka Mohd Darah dari Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata tarikh penamaan calon ditetapkan, pada 4 Januari manakala 12 Januari sebagai tarikh mengundi awal.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, pada 15 Januari.

Sebelum ini, media melaporkan Hasbullah meninggal dunia pada 16 November lalu di Raub, Pahang akibat sakit jantung. Beliau memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), undian majoriti undian sebanyak 5,528.

Sementara itu, Manis Muka, 65, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu akibat masalah buah pinggang, pada 17 November lalu. Beliau mempertahankan kerusi DUN Bugaya itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN), pada 26 Oktober lalu dengan majoriti 6,005 undi, mengatasi enam pencabarnya. – BH

(Visited 22 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: