PEMUDA ROGOL, LIWAT BEKAS TEMAN WANITA

PEMUDA ROGOL, LIWAT BEKAS TEMAN WANITA

KLANG 041120 – Hanya semata-mata ingin memuaskan nafsu, seorang lelaki sanggup mencari bekas teman wanitanya dan bertindak merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di rumah sewanya pada Jumaat lalu.

Malah, mangsa berusia 21 tahun yang merupakan pekerja sebuah pasar raya di daerah ini telah diugut bekas teman lelaki berusia 22 tahun untuk menyebarkan video tidak senonoh hubungan mereka sebelum ini di media sosial jika enggan menurut kemahuannya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang ingin pulang ke rumah dari tempat kerjanya telah diugut oleh lelaki berkenaan untuk menyebarkan video tidak senonoh mereka.

Menurut beliau, ekoran bimbang perkara tersebut, mangsa kemudiannya terpaksa mengikuti suspek ke rumah sewanya.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di rumah sewa, bekas teman lelakinya telah mengadakan hubungan seks tanpa kerelaannya.
“Wanita ini turut diugut agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa sekiranya tidak mahu video bogelnya tersebar sebelum dipukul oleh suspek.

“Ketika kejadian juga, seorang lagi rakan suspek yang berada di rumah tersebut kemudiannya telah meminta mangsa memuaskan nafsu mereka namun ditolak oleh wanita terbabit.

“Lelaki ini telah bertindak menolak mangsa sebelum mencekik leher serta memaksa melakukan persetubuhan di luar tabii,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Jelas Nurulhuda, ekoran kejadian itu, pihaknya telah menahan tiga individu termasuk bekas teman lelaki wanita itu yang berusia 20 hingga 22 tahun itu semalam kira-kira pukul 2 pagi menerusi serbuan Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

“Semakan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi motosikal.
“Kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 377A Kanun Keseksaan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

(Visited 25 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: