PEMANDU MAUT DIHEMPAP KERETA SENDIRI

PEMANDU MAUT DIHEMPAP KERETA SENDIRI

TELUK INTAN 081120 – Lelaki maut selepas dihempap kereta dipandunya yang terbalik dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Changkat Jong, di sini, hari ini.

Difahamkan, Proton Wira dipandu R Darma Raja, 24, terbabas sebelum terbalik ke dalam parit dan menghempap mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak. berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.41 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi, bomba mendapati kereta berkenaan sudah berada di dalam parit dalam keadaan terbalik.

“Seorang lelaki dihempap kereta dipandunya dan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.

“Rakan mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hopsital,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 5.16 pagi. – BH

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 30 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: