MAYAT WARGA EMAS DITEMUI SELEPAS JATUH SUNGAI

MAYAT WARGA EMAS DITEMUI SELEPAS JATUH SUNGAI

BATU PAHAT 261120 – Selepas hampir dua hari seorang lelaki warga emas hilang selepas terjatuh dalam Sungai Batu Pahat, mayatnya ditemukan
tersangkut pada sebatang pokok nipah hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, mayat Ang
Chai Tian, 72, ditemukan pada jam 11 pagi ini.

“Mayat dijumpai oleh orang awam semasa air sungai mula surut dan tersangkut pada pokok nipah berhampiran dengan jeti Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sebelum ini turut dibantu dua bot APMM, satu bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan satu bot polis marin.

“Pihak bomba sebelum ini dalam operasi SAR menggunakan kaedah surface searching dengan dua bot dan skop pencarian pada jarak 6 kilometer
ke hulu dan hilir sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 3.51 petang kelmarin, warga emas tersebut terjatuh ke dalam sungai itu dari Jambatan Batu Pahat sebelum 30 anggota bomba, APMM, APM dan polis memulakan SAR. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 26 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: