DUA KEDAI TERBAKAR DALAM KAWASAN INDUSTRI KLUANG

DUA KEDAI TERBAKAR DALAM KAWASAN INDUSTRI KLUANG

KLUANG 301020 – Dua buah kedai terbakar dalam Kawasan Perindustrian Kluang, Batu 7, Jalan Mersing-Kluang, dekat sini malam tadi.

Bagaimanapun kebakaran pada pukul 10.55 malam itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek berkata, 18 anggota dengan satu jentera FRT dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah kedai jenis kekal yang berkeluasan 20×70 kaki bagi setiap satu unit. Kebakaran memusnahkan 90 peratus
daripada keseluruhan kedai pertama dan 5 peratus kedai kedua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 12.10 tengah malam, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – JT

(Visited 22 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: