KERETA API TERGELINCIR, 10 PENUMPANG SELAMAT

KERETA API TERGELINCIR, 10 PENUMPANG SELAMAT

SEGAMAT 291020 – Sebuah kereta api membawa 10 penumpang tergelincir di Kilometer 595, kira-kira 5 kilometer ke Stesen Genuang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.40 pagi, tren itu dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir.

Walau bagaimanapun, dalam insiden tersebut semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata, kegelinciran itu hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif.

“Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, sedikit kelewatan dijangka akan berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru.

“Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan,” katanya.

Pihak KTMB memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Pihaknya sudah menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.

Beliau berkata, usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian dan siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan l termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). – JT

(Visited 33 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

%d bloggers like this: