
DR. ZULKIFLI SAH POSITIF COVID-19
DR. ZULKIFLI SAH POSITIF COVID-19
Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memaklumkan beliau kini disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan.
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar tadi.
Beliau berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

(Visited 26 times, 1 visits today)